PR1MA.
Tapi kita sebut PRIMA.
Skim ini bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia yang berusia 21 tahun dan ke atas, yang mempunyai pendapatan isi rumah antara RM 2,500 – RM 7,500 untuk memiliki rumah sendiri.
Maklumlah, harga hartanah 2012 mahal.
Harga rumah yang dikatakan layak berharga antara RM 100,000 – RM 400,000. (Kawasan bandar mana yang masih ada rumah tanah harga ni, apartment ada lah kot)
Kelayakan adalah seperti berikut:
1. Warganegara Malaysia.
2. Pemohon mestilah berusia 21 tahun ke atas pada waktu permohonan.
3. Dibuka untuk individu atau psangan yang mempunyai purata pendapatan antara RM 2,500 – RM 7,500.
4. Jika telah memiliki hartanah, tidak lebih dari 1 hartanah.
5. Syarat tambahan yang dikenakan mengikut lokasi.
6. Tidak muflis.
Nota:
- Hartanah PR1MA diagihkan mengikut open ballot.
- Pemilihan unit oleh mereka yang berjaya adalah mengikut aturan ballot.
- Hakmilik tidak boleh jual, dipindahkan kepada orang lain dalam tempoh 10 tahun tanpa ada kelulusan dari pihak PR1MA.
- Hartanah PR1MA mesti diduduki oleh pemilik. (Tak boleh disewa untuk tujuan pelaburan)
Antara lokasi hartanah di bawah skim ini adalah:
1. Nusantara Prima, Bandar Nusajaya, JB.
2. PR1MA Pulau Pinang, Seremban Utara, Seremban 2, Rasah & Senawang. (Tiada maklumat)
Kalau berminat sila lihat di http://www.pr1ma.my/howtoapply.html
Ini adalah setakat maklumat pada Disember 2012. Jadi rajin-rajin melawat website PR1MA ya.