Kita cenderung untuk memilih produk pelaburan.
Emas, perak, saham, hartanah dan seterusnya.
Kemudian bertegang leher, bercekak pinggang dengan mereka yang tidak bersetuju pilihan pelaburan kita. Ada yang keluarkan ayat Quran & hadis, ada yang keluarkan statistik, ada yang sebut istilah-istilah boombastic untuk tunjuk produk kita adalah yang terbaik.
Ya benar, setiap satu ada kekuatan dan kelemahan tersendiri. Tiada yang sempurna. Kalau kita nak cari kelemahan pelaburan saham misalnya, confirm dapat jumpa 10 poin paling kurang. Keutamaannya juga berbeza mengikut situasi semasa ekonomi.
Tetapi ada cara yang lebih baik.
Iaitu dari memilih produk semata-mata, kita bertanya kepada diri kita, sejauh mana kita tahu pasal emas, perak, saham, hartanah dan seterusnya.
Jika kita dapat menerangkan kepada budak 9 tahun, maka kita memang benar-benar tahu apa yang kita buat. Sekiranya tidak, kita cuma meleburkan modal.