Kiraan pantas untuk memastikan kita terbeli rumah terlebih atau terkurang dari kemampuan sebenar.
1. Ambil slip gaji.
2. Ambil jumlah bersih selepas statutory deduction (EPF, Socso, PCB, Zakat dll)
3. Darab dengan 36 bulan.
Maka itulah jumlah harga rumah yang bersesuaian dengan pendapatan kita.
Contohnya pendapatan bersih sebulan, RM 5,000 x 36 = RM 180,000
Kalau nak buat pembiayaan bersama.
1. Ambil slip gaji pasangan
2. Ambil jumlah bersih selepas statutory deduction (EPF, Socso, PCB, Zakat dll)
3. Campur dengan pendapatan sendiri seperti yang dibuat sebelum ini.
4. Darab dengan 36 bulan.
Andaikan pendapatan bersama adalah RM 8,000, x 36 = RM 288,000.
Maka kita dapat menjadikan kiraan ini sebagai panduan asas beli rumah untuk kita duduki sendiri.