Quantcast
Channel: Hartanah – Pakdi.Net
Viewing all articles
Browse latest Browse all 34

Refinance Hartanah; Hijrah Dari Perbankan Riba ke Perbankan Konvensional

$
0
0

Soalan yang diterima dari FB Page:

Assalamualaikum Tuan Suzardi,

Jika sekarang saya guna perbankan konvensional untuk pinjaman membeli rumah, kemudian nak menukarkannya kepada perbankan Islam, wajarkah atau saya habiskan aje bayar loan tu … ?

HCS

Jawapan:

Waalaikumussalam Cik Puan,

1. Ya wajar. Itu adalah tindakan paling baik. Cik Puan buat refinancing semula pembiayaan rumah tersebut menggunakan pembiayaan secara Islamik.

2. Namun sekiranya setelah mengira kos refinancing, dan mendapati kos-kos yang mengiringi refinancing tersebut menyebabkan Cik Puan menjadi tidak mampu pula,  maka dapat tangguhkan dahulu sementara waktu.

3. Jika dalam situasi #2, maka Cik Puan kena sentiasa memantau harga semasa rumah tersebut, kadar pembiayaan & kemampuan kredit.

Semoga niat yang baik untuk kembali kepada pembiayaan Islamik ini dipermudahkan.

Amin.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 34