Orang ramai berpusu-pusu datang ke pusat membeli belah Aeon Jusco pada hari J-Card Day. Masa untuk membeli barang yang kita suka dengan banyak pada harga yang murah.
Tindakan ini adalah common sense.
Tetapi sikap yang sama tidak berlaku dalam dunia pelaburan. Ketika harga tengah menaik ketika itulah kita berpusu-pusu membelinya. Seolah-olah harga tidak akan turun lagi.
- Tidak ramai ambil kisah semasa harga emas cuma RM 80 / g.
- Tidak ramai ambil tahu mengenai pelaburan perak ketika berharga USD 15 / oz.
- Tidak ramai berpusu-pusu melabur hartanah ketika rumah apartment 1,000 kaki persegi di sekitar Lembah Klang cuma berharga RM 125,000.
- Tidak ramai nak melabur saham ketika indeks KLCI sekitar 900 mata.
Kenapa takut melabur ketika aset seperti saham dijual dengan harga diskaun?
Klik sini untuk mempelajari cara membeli saham pada harga diskaun.